Tuesday, May 3, 2011

HARI MESRA AKADEMIK & JAMUAN TEH







SEMUA IBU BAPA, PENJAGA DAN BEKAS MURID DIJEMPUT MENGHADIRI MAJLIS JAMUAN TEH SKPP YANG AKAN DIADAKAN PADA:

6 MEI 2011 (JUMAAT)
8.30 PAGI - 11.00 PAGI

SUMBANGAN DAN DERMA DIPOHON DARIPADA DERMAWAN SEMUA UNTUK MENGISI TABUNG PEMBANGUNAN SKPP SELARAS DENGAN KEPERLUAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN. TARGET UTAMA DANA INI NANTI ADALAH UNTUK MENAMBAHKAN KESELESAAN PEMBELAJARAN ANAK-ANAK SKPP TERUTAMA BAGI MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT DI KAWASAN BLOK KILAT SKPP. OBJEKTIF DANA NANTI UNTUK MENAMPUNG PROSES BAIK PULIH SISTEM SALIRAN DAN LONGKANG.

ATAS SEMUA SUMBANGAN DAN KEPRIHATINAN TUAN PUAN, HANYA ALLAH SAHAJA YANG MAHA MENGHITUNG. SEDEKAH JARIAH DAN SUMBANGAN UNTUK MENYEDIAKAN TEMPAT ANAK-ANAK KITA BELAJAR HURUF DEMI HURUF SEHINGGA MEREKA MENGUASAI ILMU PENGETAHUAN AMAT BESAR NILAINYA DI SISI ALLAH SWT.

MAFHUM HADIS: "Apabila mati seorang anak Adam maka putuslah amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya".

MESYUARAT AGUNG PIBG SKPP









Mesyuarat Agung PIBG SKPP 2011 telah selamat diadakan pada hari Jumaat 15/4/2011 lepas. Pegawai Pelajaran Daerah Tumpat Tuan Haji Zakaria Awang Chik telah sudi hadir berucap merasmikan mesyuarat tersebut. Sehingga 2011, ini adalah kali ketiga berturut-turut beliau hadir meraikan Mesyuarat Agung PIBG SKPP. Menurutnya inilah kali terakhir beliau dapat bersama warga SKPP kerana tahun depan akan bersara wajib dari perkhidmatan awam.

Dalam ucapannya, beliau menaruh harapan tinggi kepada Guru Besar dan seluruh warga sekolah agar meningkatkan azam untuk mencapai kecemerlangan dalam UPSR 2011. Katanya Gred Purata Sekolah dan jumlah peratus kelulusan mesti dicapai dan sekaligus mendapat peluang untuk anugerah Bai'ah daripada Kementerian Pelajaran Malaysia.

Turut memeriahkan mesyuarat tersebut ialah persembahan tilawah al-Quran, bercerita kisah al-Quran dan alunan lagu-lagu nasyid oleh kumpulan an-Naim yang berjaya mewakili PPD ke peringkat negeri dalam Majlis Tadarus al-Quran (MTQ) Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2011.

Hadir sama menerima hadiah galakan dan penghargaan daripada PIBG pada hari berkenaan ialah para pelajar yang merupakan calon UPSR 2010 yang berjaya mendapat 5A dan sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di Tingkatan 1 di beberapa buah sekolah termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan sebagainya.

Mesyuarat juga diwarnai dengan cabutan bertuah yang memberi peluang kepada ahli PIBG yang terdiri daripada ibu bapa dan guru membawa pulang hamper berupa makanan dan minuman sebagai buah tangan atas kesabaran menunggu sehingga selesai mesyuarat.

Terima kasih kepada ibu bapa yang hadir bersama-sama pihak sekolah memberi perangsang kepada guru-guru dan anak-anak demi kecemerlangan SKPP yang dikasihi.

Mesyuarat AJK PIBG SKPP






Seperti biasa, mesyuarat AJK PIBG dipengerusikan YDP dengan kehadiran semua AJK. Apa yang menarik mesyuarat kali terakhir sebelum Mesyuarat Agung baru-baru ni turut diisi dengan pembentangan projek menaik taraf longkang oleh NYDP.

Isu berulang yang dibangkitkan ialah berkenaan banjir kilat. Air hujan tidak dapat mengalir ke longkang besar akibat masalah perparitan. Akibatnya blok kelas Tahun 2 tergendala. Murid-murid kena pindah dan dikumpulkan di dalam Dewan Sri Pekan.

Akhirnya penyelesaian segera dirancang setelah menunggu peruntukan JPPK dan JPN yang belum mendapat keputusan lagi. Projek pembangunan melibatkan PIBG ini diketuai Naib Yang Di Pertua PIBG yang akan bermula sedikit masa lagi insya Allah.

Sebagai permulaan dana pembiayaan PIBG akan dikutip melalui satu majlis Jamuan Teh yan akan diadakan pada 6 MEI 2011 ini.