Tuesday, March 9, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA 2010

Sempena 84 tahun SK Pasir Pekan menabur bakti, PIBG SKPP akan mengadakan Majlis Makan Malam Perdana  PIBG 2010. Tujuan majlis ini dirancangkan adalah bagi menjejaki bekas murid / Alumni SKPP yang pernah mendapat didikan awal di bumi SKPP yang bertuah ini. Di samping itu, para ibu/bapa/guru/penjaga, ahli korporat, dermawan dan sesiapa sahaja turut diundang untuk menghulurkan sumbangan bagi menambah dana PIBG SKPP. Sumbangan dalam bentuk pembelian Kad Jemputan (RM50.00 seorang) atau (RM500.00 semeja - 10 orang) atau dalam bentuk iklan syarikat perniagaan / perkhidmatan dalam buku cenderamata yang akan dimaklumkan kemudian. SUMBANGAN BOLEH DIHULUR TERUS ATAS NAMA: BENDAHARI PIBG SK PASIR PEKAN DAN DIPOS KE ALAMAT: BENDAHARI PIBG SK PASIR PEKAN, 16250 WAKAF BHARU, KELANTAN.

Cadangan tarikh pelaksanaan adalah pada Hari Jumaat - 21 Mei 2010 - Jam 8.30 - Bertempat di Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan.

MESYUARAT AGUNG PIBG SKPP KALI KE-35 / 2010

Dijadualkan pada: 26 MAC 2010 (Jumaat jam 8.30 pagi). Maklumat lanjut akan dikemaskini. Semua ahli dijemput hadir. Cabutan bertuah seperti biasa ada dan khabarnya semakin banyak.

Sunday, March 7, 2010

SELAMAT DATANG

Selamat Datang ke Laman Blog PIBG SK Pasir Pekan. Anda mungkin murid, guru, bekas murid, bekas guru yang pernah belajar atau berkhidmat di SK Pasir Pekan. Kami mengalu-alukan kunjungan dan interaksi anda di sini. Laman ini baru dibuka dan masih dalam proses pembinaan. Jika anda mempunyai sebarang maklumat, pandangan, gambar foto, video klip dan sebagainya yang berkaitan dengan pembangunan SK Pasir Pekan... silalah hantarkan kepada webmaster di alamat email: pibgskpp@gmail.com. Terima kasih atas kunjungan anda.