Tuesday, March 9, 2010

MAJLIS MAKAN MALAM PERDANA 2010

Sempena 84 tahun SK Pasir Pekan menabur bakti, PIBG SKPP akan mengadakan Majlis Makan Malam Perdana  PIBG 2010. Tujuan majlis ini dirancangkan adalah bagi menjejaki bekas murid / Alumni SKPP yang pernah mendapat didikan awal di bumi SKPP yang bertuah ini. Di samping itu, para ibu/bapa/guru/penjaga, ahli korporat, dermawan dan sesiapa sahaja turut diundang untuk menghulurkan sumbangan bagi menambah dana PIBG SKPP. Sumbangan dalam bentuk pembelian Kad Jemputan (RM50.00 seorang) atau (RM500.00 semeja - 10 orang) atau dalam bentuk iklan syarikat perniagaan / perkhidmatan dalam buku cenderamata yang akan dimaklumkan kemudian. SUMBANGAN BOLEH DIHULUR TERUS ATAS NAMA: BENDAHARI PIBG SK PASIR PEKAN DAN DIPOS KE ALAMAT: BENDAHARI PIBG SK PASIR PEKAN, 16250 WAKAF BHARU, KELANTAN.

Cadangan tarikh pelaksanaan adalah pada Hari Jumaat - 21 Mei 2010 - Jam 8.30 - Bertempat di Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan.

No comments:

Post a Comment