Tuesday, June 8, 2010

FUTSAL TERBUKA PIBG SKPP 2010 (WORLD CUP FEVER - AFRIKA SELATAN 2010)






PIBG SKPP akan menganjurkan FUTSAL TERBUKA: World Cup Fever 2010. Objektif penganjuran ini adalah untuk menjayakan aktiviti kesukanan yang bersifat kemasyarakatan dan kejiranan. Fokus utama ialah untuk menarik minat para remaja mendekati sekolah yang mungkin pernah menjadi tempat belajar dan bermain suatu masa dahulu. FUTSAL TERBUKA 2010 ini juga bertujuan untuk mengumpul dana PIBG bagi kegunaan menjana program pendidikan dan kebajikan murid-murid SKPP. Kepada semua, anda dijemput untuk memeriahkan FUTSAL TERBUKA 2010. Harapan kami di PIBG SKPP agar kemeriahan Piala Dunia 2010 dan Demam Bola Sepak yang sedang bertumpu di Afrika Selatan akan lebih bermakna dengan penganjuran FUTSAL TERBUKA PIBG SKPP 2010 ini. Berikut adalah maklumat penting untuk anda yang berminat untuk menjadi peserta (1 Kumpulan = 8 Orang) atau penonton atau peniaga:

TARIKH FUTSAL: 19 JUN 2010 (SABTU)
MASA: 8.00 PAGI - 7.00 MALAM
TEMPAT: PADANG SK PASIR PEKAN
YURAN PENYERTAAN: RM80.00 SATU PASUKAN
PENDAFTARAN: 14 JUN 2010 DI SKPP JAM 9.00 MALAM
PENGUNDIAN: 14 JUN 2010 DI SKPP JAM 9.00 MALAM

**SOLAT ZOHOR & ASAR: SURAU DISEDIAKAN
**GERAI JUALAN DIPELAWA KEPADA PARA PENIAGA
**CADANGAN PENAMPILAN MENARIK / SLOT KHAS (NANTIKAN INSYA ALLAH!)

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: EN. AMRAN NAWAWI (019-9056521)






CEPAT! BAHANG PIALA DUNIA SEMAKIN TERASA. JADIKAN FUTSAL TERBUKA PIBG SKPP SEBAGAI PENGUBAT DEMAM PIALA DUNIA AFRIKA SELATAN 2010.




PARA PENIAGA YANG BERMINAT UNTUK MENYEWA SUDUT JUALAN BOLEH BERHUBUNG DENGAN BERHUBUNGAN PEMAJAK KANTIN SK PASIR PEKAN.

AL-FATIHAH UNTUK USTAZ CHE SERI ISMAIL



Seluruh warga SKPP merasa sedih atas pemergian Allahyarham Ustaz Che Seri Ismail. Sesungguhnya pemergian beliau adalah satu kehilangan yang besar buat SKPP khususnya dan JPN Kelantan amnya. Sekalung takziah diucapkan kepada isteri, anak-anak dan keluarga beliau. Marilah kita hadiahkan bacaan al-Fatihah untuknya dan mendoakan agar rohnya ditempatkan bersama para auliyaa' dan solihin. AL-FATIHAH.

DATA SKPP (2008 - 2010)





BILANGAN MURID:

2008:  (L) 568  (P) 489  =  1057

2009:  (L) 542  (P) 489  =  1031

2010:  (L) 557  (P) 478   =  1035


BILANGAN GURU:
2008:  (L) 19  (P) 42  =  61

2009:  (L) 14  (P) 48  =  62

2010:  (L) 14  (P) 48  =  62


PENCAPAIAN 5A:
(5A) 2006:  (33 ORANG)

(5A) 2007:  (18 ORANG)

(5A) 2008:  (16 ORANG)

(5A) 2009:  (43 ORANG)

(5A) 2010:  (45 ORANG) TARGET